KEPENTINGAN TAKAFUL

Assalamualaikum...


Tugas agent takaful bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun niat kami untuk menyebarkan kebaikan mempunyai polisi Takaful, ramai yang memandang serong seolah-olah kami ingin merampas duit dari mereka. Antara alasan yang diberikan adalah saya tidak berminat dengan Takaful.

Apa yang perlu agent takaful maklumkan kepada prospek sebegini?

“Encik, ketika encik meninggal dunia nanti ada 3 benda akan turut hilang bersama encik, iaitu

(1) Anak-anak encik akan kehilangan seorang ayah

(2) Isteri encik akan kehilangan seorang suami dan

(3) pendapatan encik turut akan terhenti bersama encik.

Saya tidak mampu mencari pengganti ayah kepada anak-anak encik, atau pun pengganti suami yang baik seperti encik kepada isteri encik. Tetapi saya berupaya untuk menyambung pendapatan encik untuk mereka. Encik, bukankah wang pendapatan ini amat penting untuk keluarga encik apabila encik tiada nanti?

Saya faham apabila encik kata tidak berminat tetapi adakah encik tidak berminat juga menyediakan wang pendapatan untuk keluarga encik, sekiranya encik tiada ataupun wang pendapatan untuk encik sendiri sekiranya encik menjadi kurang upaya nanti?”

 Tuan-tuan dan Puan-Puan…

Kami sebagai agent takaful bukanlah ingin merampas duit anda setiap bulan..tetapi kami ingin menyediakan satu dana untuk keluarga anda apabila ketiadaan anda nanti. Saban hari kita didatangi oleh berita kematian mengejut si bapa di usia muda, serta berapa banyak kes kemalangan jalan raya setiap hari..jadi…sebagai seorang ketua keluarga..kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk melindungi keluarga tersayang dengan meninggalkan mereka dana bagi meneruskan kehidupan setelah ketiadaan kita nanti.

Jangan tangguh…kerana kita tidak mungkin mengetahui bila tarikh kematian kita.

Saya sedia membantu anda, Mushawwir 017-3470067 untuk temujanji...


You may also like

No comments: