Apa itu Takaful?

Takaful berasal daripada perkataan Arab Kafala yang bermaksud untuk membantu atau menjamin. Takaful merupakan konsep insuran yang mematuhi Syariah di mana kumpulan peserta bersetuju untuk menjamin satu sama lain menghadapi risiko yang akan timbul sdebagai satu tabarru’ atau derma kepada tabung takaful.

Jika anda mengambil perlindungan takaful, anda bukan sahaja melindungi diri, malah secara tidak langsung anda telah bersama-sama membantu satu sama lain di antara para peserta. Bantu-membantu amat dituntut dalam Islam sepertimana Firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud “Bertolong-tolonganlah kamu untuk perkara kebaikan dan ketakwaan dan janganlah kamu tolong-menolong untuk melakukan dosa dan permusuhan, dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya balasan Allah sangat dahsyat”.

Insuran Konvensional vs Takaful

Sebagai seorang yang beragama Islam,  kita kena ambil produk takaful  dan bukan Insuran Konvensional. Ini kerana Insuran konvensional HARAM. Dah ada fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan pun. Cuba fikir, sedangkan kalau kita nak makan pun kene cari restoran yang halal. Sebelum nak beli apa-apa produk pun tengok ada logo halal ke tak. Malah nak beli ayam pun kene cari yang disembelih mengikut syara’. Inikan pula hal yang melibatkan kewangan kita seperti insuran, takkan nak ambil mudah. Takkan nak ambil yang bercampur dengan riba’. Macam mana nak berkat hidup kita? Walaupun kita rajin solat, bersedekah dan sebagainya tetapi jika kita masih terlibat dengan riba’, dikhuatiri akan menyebabkan amalan-amalan kita yang lain terjejas dan tidak diterima oleh Allah.

Nabi SAW pernah bersabda “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba’. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya” (Riwayat Ibnu Majah). Tidak dapat dinafikan zaman sekarang ni memang dah berleluasa riba’ sampai kita pun terkena debu-debunya. Contohnya beli barang secara ansuran bulanan, tetapi harga barang tu jadi lebih mahal berbanding bayar cash terus. Pinjaman peribadi, dan macam-macam lagi la produk perbankan konvensional yang kebanyakannya ada riba’. Sebolehnya kita elakkan diri daripada terlibat.

Takaful ni merupakan salah satu penyelesaian untuk kita megelakkan diri daripada terlibat dengan riba’. So dah ada solution, mengapa masih nak pilih insuran konvensional? Tak ada alasan lagi. Memang ramai yang dah terbeli insuran konvensional ni kerana yelah, mungkin sebab tak tahu. Tak buat research dulu sebelum beli. So sayang nak batalkan polisi tu sebab mungkin dah lama bayar contribution takut rugi pulak kan…Senang je anda tanyalah Iman anda. Sebab dalam hidup ni kita nakkan keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Rugi sedikit di dunia tak pe asalkan jangan nanti kita rugi banyak di akhirat. Fikir-fikirkanlah.. kerana banyak permasalahan yang boleh timbul akibat takde keberkatan dalam hidup.

Masih belum terlambat untuk berhijrah dan memilih yang halal. Saudara dan saudari boleh hubungi saya 017-3470067, call/sms/whatsapp atau email saya di mushawwir1983@yahoo.com untuk keterangan lanjut. Insya Allah kita sama-sama tolong menolong untuk mendapatkan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.












No comments: