Assalamualaikum… Nama saya Abd Mushawwir Bin Mohamad, berasal dari Ipoh Perak tetapi membesar di Kuala Lumpur. Lahir pada tahun 1983 dan berumur 32 pada tahun 2015 ini. Saya merupakan anak sulong dari 11 beradik. Mempunyai kelulusan Diploma in Mass Communication daripada Universiti Teknologi Mara pada tahun 2004.


Matlamat saya ialah untuk dapat membantu seramai yang mungkin untuk mendapatkan perlindungan takaful. Hidup ini penuh dengan risiko dan dugaan. Kita tidak tahu bila kita akan ditimpa sakit atau kemalangan. Dan tiada seorang pun yang boleh menjamin yang dia akan hidup sampai minggu depan. Imam Al- Ghazali pernah menyatakan bahawa “yang paling dekat dengan kita adalah kematian”, jadi kita hendaklah bersiap sedia dan bertawakkal kepada Allah sentiasa.

Dengan mengambil perlindungan Takaful adalah salah satu cara kita bertawakkal kepada Allah. Ianya amalan yang mulia. Nabi SAW pernah bersabda “Guna lima perkara sebelum datangnya lima perkara: Muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati (HR Muslim).

Tapi biasalah.. orang kita ni terutamanya Melayu, bila dengar insuran/takaful je dah tak minat. Memang kesedaran masyarakat Melayu tentang insuran masih rendah berbanding bangsa lain. Bangsa Cina contohnya, mereka kebanyakkan mempunyai 1 atau 2 polisi insuran. Walaupun dalam akaun bank ada 50k-100k, dengan mudah boleh keluarkan duit untuk rawatan perubatan. Tetapi masih juga ambil insuran. Kenapa? Kerana mereka tahu yang insuran ni boleh protect saving mereka tu. Kalau dah ada insuran selamat la saving daripada kene bayar kos perubatan. Semuanya insuran yang tanggung. Mereka tak rugi apa-apa pun dengan mengambil insuran malah lagi untung ada la.

Tak de orang pun yang muflis disebabkan ambil insuran/takaful, tapi ramai orang yang dah muflis akibat tak de insuran/takaful. Ada yang terpaksa bercerai, jual rumah, pinjam sana sini dan lebih teruk lagi ada yang terpaksa pinjam along untuk mendapatkan duit bagi membayar kos rawatan akibat sakit atau kemalangan. Banyak lagi la kisah sedih yang terjadi akibat daripada tiada perlindungan insuran, tak larat saya nak ceritakan di sini.

Dan kalau kita tengok tv, akan ada orang yang terpaksa meminta sumbangan sebab accident dan tak mampu bekerja bagi menampung sara hidup keluarga dan macam-macam lagi la. Sebagai saudara seislam kita kena bantu mereka, tak banyak sikit pun jadi la kita sedekahkan  kerana ianya perbuatan yang mulia. Kita bantu semampu yang mungkin untuk meringankan beban mereka, kerana nabi pernah bersabda “ Barangsiapa yang membantu sesama saudaranya, maka Allah akan membantunya sama ada di dunia atau di akhirat”.

Akan tetapi kita tak mahu perkara seperti tu berlaku ke atas diri kita bukan? Jadi apa tunggu lagi,bertindaklah sekarang. Life is short.. you never know what’s going to happened next. Kepada tuan dan puan yang masih belum ada perlindungan insuran, bersegeralah. Time kita sihat ni la kene beli insuran, nanti kalau dah sakit takde sorang pun agen atau company insuran yang nak offer plan kat kita. Masa tu menyesal pun dah tak guna. Kepada yang serius boleh la hubungi saya 017-3470067.. call/sms/whatsapp atau email saya di mushawwir1983@yahoo.com, insya Allah saya akan cuba untuk memberikan plan takaful yang terbaik untuk anda.



Kepada Saudara saudari yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, boleh lah nanti kita buat appointment. Sembang-sembang minum teh tarik sambil saya terangkan serba sedikit mengenai Plan Takaful PRUBSN yang terbaik untuk anda. Sama-sama kita tolong-menolong antara satu sama lain ke arah kabaikan untuk mencapai kejayaan, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat insya Allah.